PROGRAM YANG POPULAR DI INSTEDT

1. Diploma Kejururawatan


Diploma kejururawatan ini salah satu pogram yang terkenal di INSTEDT. Program ini diiktiraf oleh MQA. Bidang ini mempunyai prospek kerja yang cerah, baik dalam pasaran kerja tempatan mahupun antarabangasa. Struktur kurikulum program ini dirangka dengan mengambil kira ketetapan dan piawaian kualiti daripada Lembaga Jururawat Malaysia yang merangkumi komponen kognitif dan latihan kemahiran kejururawatan yang mencukupi bagi membolehkan graduan INSTEDT berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.




2. Diploma Pengurusan Pelancongan
 

Diploma Pengurusan Pelancongan merupakan salah satu bidang hospitaliti yang berorientasikan bidang pengurusan pelancongan dan menjadi sumber pendapatan yang penting bagi negara. Wujudnya program ini membolehkan Kolej INSTEDT menyahut seruan Kerajaan untuk menjadikan bidang pelancongan sebagai sektor yang wajar diutamakan. Kedudukan kolej yang strategik dengan memiliki kelebihan dari segi lokasi dan kemudahan yang menjadi faktor utama bagi pelajar-pelajar untuk memilih bidang ini.




3. Diploma Pengurusan Perhotelan

Diploma Pengurusan Perhotelan adalah satu bidang hospitaliti yang berorientasikan pengurusan perhotelan dan sememangnya menjadi pelengkap bagi sesebuah industri hospitaliti. Pengetahuan yang luas tentang industri perhotelan akan menjadi kepentingan pada masa kini dan akan datang. Seterusnya memberi banyak peluang yang memberangsangkan di bidang hospitaliti di dunia ini. Melalui program ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan bidang perhotelan seperti industri hospitaliti dan pelancongan, pengurusan makanan dan minuman, pengurusan penginapan, penyajian makanan, pengurusan katering dan sebagainya. Bidang ini juga mempunyai masa depan yang cerah berikutan banyak pembangunan perhotelan di Malaysia.




4. Diploma Kesetiausahaan Kesihatan



Program ini bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang mampu menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha bahagian kesihatan dan pembantu-pembantu doktor yang merangkumi semua aspek termasuk fizikal, emosi, dan sosial. Skop pekerjaan program ini juga sangat meluas kerana terdapat banyak hospital di Malaysia dan juga banyak klinik-klinik swasta yang ditubuhkan.






5. Diploma Perbankan & Kewangan Islam

Program Diploma Perbankan dan Kewangan Islam (DIB) ini ditawarkan dengan tujuan untuk melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang perbankan dan kewangan Islam yang diperlukan oleh industri masa kini sama ada di dalam Negara ataupun pasaran global. Para pelajar bukan sahaja diajar tentang Sistem Perbankan dan Kewangan Islam malahan turut didedahkan dengan Sistem Perbankan Konvensional. Ini menjadikan pelajar lepasan program ini mampu membezakan Sistem Perbankan Konvensional dengan Sistem Perbankan Islam. Antara subjek lain yang turut didedahkan kepada pelajar program ini ialah Islamic Theology, Fiqh Muamalah, Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Prinsip-prinsip Takaful, Gelagat Organisasi Dari Perspektif Islam, Pengurusan Pelaburan dan Pasaran Modal Islam.



 6. Diploma Pengajian Sukan - UITM


Program ini dibentuk untuk memberikan pengenalan kepada teori pengetahuan pengurusan sukan, pertumbuhan dan perkembangan fizikal, pemahaman perilaku manusia, biometik, fisiologi sukan, sosiologi sukan, prinsip kecederaan, perlindungan dan pengurusan, prinsip penjagaan kesihatan manusia serta pengurusan acara sukan. Program ini juga melahirkan pelajar yang sihat dan kuat mental dan fizikal.




7. Diploma Perakaunan


Diploma Perakaunan adalah sebuah program yang ditawarkan khas bagi pelajar-pelajar yang mempunyai minat terhadap bidang perakaunan. Bidang ini sememangnya menjadi kepentingan dalam sesebuah organisasi serta mampu meluaskan peluang kepada pelajar-pelajar yang meletakkan perakaunan sebagai bidang pilihan. Skop pekerjaan bidang ini juga sangat meluas kerana terdapat banyak pembangunan dan syarikat-syarikat yang membangun yang memerlukan lepasan dalam bidang ini bagi menguruskan hal kewangan syarikat-syarikat yang dibangunkan.

Comments