KEMUDAHAN YANG ADA DI INSTEDT



1. Kemudahan Pengangkutan


INSTEDT menyediakan kemudahan perkhidmatan bas kepda semua pelajar. Bas instedt akan mengelilingi kawasan Bandar Penawar bagi mengambil para pelajar yang tinggal di asrama ataupun di luar asrama mengikut jadual yang telah ditetapkan. INSTEDT juga menyediakan kemudahan bas untuk menghantar pelajar kejururawatan yang menjalani latihan praktikal di luar seperti di Hospital Sultan Ismail dan sebagainya.




2. Kemudahan Asrama


Asrama yang disediakan oleh pihak INSTEDT. Asrama instedt meenempatkan pelajar dalam anggaran 300 orang. Di asrama ini juga terdapat kemudahan seperti mesin basuh, WiFi dan kafeteria dan kedai runcit untuk memudahkan pelajar membeli barang keperluan. Di situ juga terdapat warden yang akan memantau pergerakan keluar masuk dan aktiviti pelajar. INSTEDT turut mensyaratkan bahawa para pelajar wajib berada di kawasan asrama sebelum jam 11:00 malam.




 3. Kemudahan Perpustakaan


INSTEDT menyediakan kemudahan perpustakaan kepada semua siswa/siswi untuk membuat rujukan berkaitan tugasan yang diberikan oleh pensyarah atau mencari maklumat. Perpustakaan juga menyediakan pelbagai buku dan terbitan yang terbaru kepada pelajar dan disediakan kemudahan WiFi kepada pelajar. Di sini juga pelajar senang untuk mencari maklumat berkaitan teknologi dan sains kerana terdapat banyak buku terbitan baru yang disediakan untuk memudahkan pelajar menambah pengetahuan.




4. Bilik Kuliah








 INSTEDT juga menyediakan bilik kuliah yang selesa dan dilengkapi penghawa dingin dan kemudahan seperti projektor untuk pelajar membuat pembentangan tugasan. INSTEDT menyediakan bilik kuliah bagi pelajar program nursing, bagi pelajar nursing mereka akan menghabiskan masa dalam bilik kuliah yang di khaskan untuk pelajar nursing sahaja, di situ juga pelajar nursing banyak menghabiskan masa dengan membuat amali dan sebagainya.


5. Makmal Komputer



INSTEDT juga menyediakan makmal komputer yang selesa untuk membolehkan pelajar mempelajari tentang penggunaan komputer dengan baik dan memudahkan pelajar untuk melayari internet. Di sini juga pelajar akan diajar cara penggunaan komputer oleh pensyarah subjek yang di ambil oleh mereka. Di sini juga para pelajar akan belajar cara keyboarding, note taking dan sebagainya. Ini akan menambahkan pelajar mahir dalam bidang perkomputeran.




Comments